Selasa, 25 Oktober 2011

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2010

Majlis pelancaran RIMUP 2010 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan N51 Kunak. Turut hadir di majlis tersebut Encik Zamri Pehakan Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, dan beberapa orang pemimpin tempatan. Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan, pesta kuih yang menjadi tradisi, sambutan hari jadi Pra Sekolah dan Graduasi Pra Sekolah. Turut dilancarkan pada hari tersebut ialah Kempen Penanaman Pokok Peringkat Sekolah. RIMUP kali 2010 adalah antara RIMUP yang terbesar kerana telah menghimpunkan 130 jenis kuih.
Kejayaan RIMUP adalah hasil kerjasama Pentadbir dan guru-guru yang begitu baik, diucapkan "SYABAS!!!" semoga SK Skim Kokos terus ke hadapan. Oleh Herman Rahim

PELANCARAN RIMUP







PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN




MAJLIS GRADUASI PRA



SAMBUTAN HARI JADI PELAJAR PRA



KEMPEN PENANAMAN POKOK




PESTA KUIH